Rabu, 27 Mei 2009

HERO Bola sepak Dandun

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk balik kampung selama seminggu. Oleh itu, saya berkesempatan bertemu dengan kawan-kawan sekampung semasa bermain bola sepak di padang SK.Dandun. Apa yang mengembirakan saya ada dua rakan iaitu Jayon dan Jenius. Kedua-dua mereka merupakan pemain bola sepak peringkat kebangsaan. Mereka ini telah mengharumkan nama sekolah mereka bahkan juga mengharumkan nama kampung Dandun. Kemahiran mereka bermain bola sepak memang tidak dinafikan lagi apabila sering mewakili sekolah SMK.Pitas II. Bahka mereka juga pemain Dandun FC termasuklah saya sendiri juga merupakan salah seorang dari kelab tersebut. Saya juga berkesempatan berlatih bersama mereka. Oleh itu kita patut mencontohi mereka supaya terus mengharumkan nama kampun Dandun..

Isnin, 13 April 2009

Jadual pelaksanaan Unduk Ngadau pesta kaamatan di Mukim Dandun

Kepada semua penduduk mukim Dandun, ada berita penting Jadual pelaksanaan Unduk Ngadau mukim dandun akan diadakan seperti di bawah..

Nama Mukim
:
DANDUN
Penganjur
:Kg. Rinasuk
Pengerusi
:Encik Jaluning Majambu
Tarikh
:6 -7 Mei 2009
Tempat
:Kg. Rinasuk
Perasmi
:YB Bolkiah Hj. Ismail, ADUN N. 3 Pitas

So, mari la kita ramai2 datang melihat bakal unduk ngadau dari mukim kita..
Bagi mewakili mewakili mukim dandun ke peringkat seterusnya....
Aramai tie....

Rabu, 1 April 2009

Bukit Monindoi...Best tau...


Sebenarnya klu dipromosikan Kg.Dandun ni.. banyak tempat2 yg menarik contohnya seperti sungai Bengkoka, Bukit Monindoi dan Jambatan Gantung...
Yang paling best tu klu naik di bukit Monindoi... wahh..aduiiiii nampak satu daerah pitas, time dulu kami selalu pegi sana memang best la.. cuma tptnya itu curam dan jalan pun kadang2 tersesat klu belum tahu..
Ada satu kali tu, kami dengan member pegi sana dan bermalam wahhh...pelabuhan Daerah kudat pun nampak tapi tu cahaya lampu sajala hehehhe.....
Klu waktu malam di sana tu...anginnya sangat sejuk ooo....best ba..
Tapi, bikin takut juga la klu time hujan sbb sejuk lagi angin kuat lagi.. takut2 di bawa terbang oleh angin.... hehehhe...
so, itu la antara keunikan di Kg. Dandun ni...
Klu kita lihat gambar di atas tu ialah gambar dari bawah so, di atas Bukit tu blm ada lagi
tapi sya akan usahakan nanti..

Selasa, 24 Mac 2009

Tempat-tempat menarik di Kg. dandun


sungai Bengkoka


tamu



jambatan gantung..



jambatan gantung

bukit monindoi..
seperti yang sya janjikan..ini la tempat menarik di Kg.dandun pusat...tapi belum lagi di sekitar mukim Dandun...

Selasa, 20 Januari 2009

Kg. Dandun di landa banjir..

Baru-baru ini banjir melanda di kg. Dandun, banjr kali mengakibatkan rumah di kawasan rendah di limpahi air.. nasib baiklah rumah kami tak jadi mangsa banjir... Apapun syukurlah tiada nyawa yang terkorban..