Rabu, 27 Mei 2009

HERO Bola sepak Dandun

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk balik kampung selama seminggu. Oleh itu, saya berkesempatan bertemu dengan kawan-kawan sekampung semasa bermain bola sepak di padang SK.Dandun. Apa yang mengembirakan saya ada dua rakan iaitu Jayon dan Jenius. Kedua-dua mereka merupakan pemain bola sepak peringkat kebangsaan. Mereka ini telah mengharumkan nama sekolah mereka bahkan juga mengharumkan nama kampung Dandun. Kemahiran mereka bermain bola sepak memang tidak dinafikan lagi apabila sering mewakili sekolah SMK.Pitas II. Bahka mereka juga pemain Dandun FC termasuklah saya sendiri juga merupakan salah seorang dari kelab tersebut. Saya juga berkesempatan berlatih bersama mereka. Oleh itu kita patut mencontohi mereka supaya terus mengharumkan nama kampun Dandun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan