Ahad, 5 Disember 2010

Memori Indah di Unirazak Sabah

Gambar di atas merupakan salah satu kenangan ketika belajar di UNIRAZAK Sabah, olahraga merupakan salah satu acara yang dipekenalkan pada tahun 2009 di UNIRAZAK, dan tahun 2009 merupakan salah satu memori indah apabila saya berjaya menjadi olahragawan dengan mendapat 4 emas dlm acara 200m, 110m berpagar, 4x100m dan 4x400m. Detik kemenangan ini memberikan satu kenangan semasa belajar di UNIRAZAK Sabah.

Gambar di atas ini merupakan kenangan di mana saya mewakili UNIRAZAK Sabah di sukan mahsiswa borneo, yang mana di sertai oleh universiti-universiti borneo termasuklah universiti dari Kalimantan, detik kenangan ini memberikan sesuatu yang berharga dalam ingatan ketika bermain dalam satu pasukan untuk menghadapi Universiti yang mana mempunyai skill yang tersendiri.

Gambar di atas merupakan ketika saya secara suka-suka mengikuti ragbi untuk team UNIRAZAK Sabah, daripada suka-suka nak ikut, akhirnya saya terpilih untuk perlawanan penting yang mana menjadi memori indah yang tidak dapat dilupakan, detik indah apabila menyertai UMS open ragbi dan perlawanan-perlawanan persahabatan dengan team-team yang kuat, saya mula menyertai ragbi pada tahun 2008 dan pada masa itu sekadar ikut-ikut training, walaupun pada hakikatnya saya belum berapa mempunyai kemahiran namun menjadi detik indah dalam memori.

Gambar di atas ini pula, merupakan kenangan semasa mengikuti LIGA IPT anjuran Kementerian Pengajian Tinggi, detik indah dalam ingatan saya apabila saya dipilih menjadi kapten untuk team UNIRAZAK SABAH, tugas ini bukanlah mudah dan saya bersyukur kerana dapat menghadapinya dengan baik, Liga IPT ini telah di sertai oleh universiti-universiti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Gambar di atas merupakan, detik bersama Team BOLA TAMPAR UNIRAZAK SABAH, di mana saya telah mewakili 2 tahun berturut-berturut iaitu pada tahun 2009 dan 2010. Kenangan bersama dengan rakan-rakan dalam satu pasukan sangat indah apabila banyak ragam-ragam bersama untuk mencapai kejayaan. Kami sering mengadakan persahabatan dengan pasukan Bomba. bagi rakan-rakan yang lain selamat berjuang untuk tahun depan.
Banyak lagi kenangan ketika mengikut aktiviti di UNIRAZAK SABAH...dan semuanya itu menjadi kenangan yang terindah....


Sabtu, 18 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Blog dandun boleh ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga kampung dandun yg beragama Islam dan kepada semua pengunjung blog ini di mana pun anda berada.

Ahad, 29 Ogos 2010

Bagi mereka yang rindu balik kampung


Seperti kebiasaannya ramai anak-anak muda akan pergi ke bandar bagi mencari perkerjaan, malahan yang mereka yang mendapat perkerjaan juga selalunya jarang2 balik kampung apa tak lagi kepada mereka yang mendapat jodoh yang jauh. Ini merupakan antara sebab utama kenapa jarang2 balik kampung mungkin juga ada sebab lain tapi yang pastinya 3 sebab inilah yang selalu menghantui kepulangan mereka ke kampung. Semasa musim perayaan, perkhawinan, dan sebagainya menjadi faktor bagi mereka balik ke kampung, mungkin kerana mendapat cuti atau sebagianya. Bagi mereka yang jarang2 balik kampung pastinya mereka akan terkejut dengan perubahan2 yang terdapat di kampung apa tak lagi rasa rindu itu terubat. Pastinya pengalaman sewaktu kecil menjadi buah bualan bagi mengimbas sejarah kehidupan kanak-kanak sewaktu zaman kegemelangan mereka berada di kampung. Hahah..pastinya rakan2 sekampung masih teingat suatu masa dahulu di mana permainan seperti Main Tapak, Main Guli, Main Gasing(Tubau), Main lastik Getah dan terdapat lagi permainan yang lain. Permainan ini sebenarnya bermusim-musim dan pandai berubah-ubah mengikut jenis permainan. Saya masih ingat di mana bukan saja golongan muda mudi malahan golongan dewasa juga turut serta dalam permainan ini. hahah..ini pengalaman indah dan pastinya masih terpahat dalam ingatan...

Selasa, 20 Julai 2010

Jalan Ke Kampung Dandun


Bagi anda yang mahu berkunjung ke Kampung Dandun, terdapat 2 jalan iaitu melalui jalan seberang seperti papan tanda dalam gambar, anda akan jumpa papan tanda tersebut sesampai di Kampung Rosob dan sebelum sampai ke Kampung Dandun anda akan melalui dua buah kampung iaitu kampung Bilangau Kecil dan Kampung Bilangau Besar serta terdapat juga kampung-kampung kecil sesepanjang jalan. Masa perjalanan lebih kurang dalam 15 minit atau 35 minit akan tiba di Kampung Dandun jalan yang kedua ialah melalui jalan Estat Borneo samudara , perjalanan menuju ke Kampung Dandun melalui ladang ladang kelapa sawit.....Selamat Berkunjung ke Kampung Dandun

Kedai makan terminal Dandun





Bagi anda yang akan sampai ke dandun dengan menggunakan jalan seberang, anda akan melihat sebuah kedai makanan khusus untuk mereka yang ingin menikmati sarapan pagi awal pagi. sebelum bertolak ke kota marudu atau Pitas...

Gambar-gambar sekitar kawasaan Kampung Dandun






Ini merupakan antara gambar yang sempat saya ambil semasa pulang ke kampung baru-baru ini. Semoga gambar-gambar ini dapat menghilangkan serba sedikit kerinduaan untuk balik ke kampung... Dandun Boleh...











Keunikan di Kg. Kampung Dandun


Secara kebiasaanya apa bila musim perayaan tertentu seperti, tahun baru, sambutan hari Christmas, sambutan hari raya semua warga Kg.dandun akan balik ke kampung untuk meraikan perayaan tersebut. Keunikan Kg. dandun yang mempunya lebih kurang 5 sukuan seperti suku kaum Tombonu, Rungus, Kimaragang, Songsogon dan sebilangannya suku Kaum Cina Berbeza dengan hari-hari istemewa seperti pertunangan dan perkhawinan semua keluarga dalam pihak keluarga akan balik bagi merai hari istemewa tersebut.

Pada 17 Julai 2010 lalu saya berkesempatan balik ke Kg.dandun bagi menghadiri pertunangan yang berlaku di Kg.dandun Tamu. Saya sempat untuk mengambil gambar tempat-tempat menarik di kg.Dandun sekadar melihat perubahan-perubahan yang unik di kampung Dandun.

Selain itu, diharapkan gambar-gambar sekitar kampung dandun menjadi tatapan dan pengubat rindu, tak kira di mana pun berada ingat-ingatlah kampung dandun. Bagi yang jarang-jarang balik kampung, beginilah perubahan kampung kita yang cantik lagi unik.


Selasa, 22 Jun 2010

Bola sepak peringkat KRT Daerah.


Pada 12 jun 2010, KRT peringkat dearah telah menganjurkan sukan bola sepak Peringkat KRT daerah yang bertempat di Kampung Dandun, sebanyak 8 team dari KRT sekitar daerah Pitas, antaranya KRT Salimpodon, KRT Pantai, KRT Narandang, KRT Bongkol, KRT Rangal, KRT Pinggan-Pinggan, dan dua team dari KRT Dandun iaitu Dandun A dan Dandun B. Pada kali ini KRT Bongkol telah menewaskan KRT Dandun A dengan jaringan 2-0. Manakala juara tahun lalu KRT Narandang sekadar tempat yang ke-3. Harapan pada tahun depan KRT dandun akan menjadi juara. Pada sebelah petangnya, diadakan perasmian Penutupan oleh Datuk Bolkiah Hj Ismail ADUN N.3 Pitas merangkap Pembantu Menteri Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Sekitar. Turut dimeriahkan lagi dengan diadakan persembahan tarian tradisional dari KRT Dandun. Semoga dengan kejayaan KRT Dandun menganjurkan Bola sepak ini mampu untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara KRT daerah Pitas..

Selamat Hari bapa..

Aku ingin berkongsi satu cerita dan kwn2 semua sempena dengan hari bapa. mungkin cerita ini sudah kwn2 dengar atau ada yg belum... Aku ingin memulakan cerita ku, klu pun cerita ini ada persamaan dengan keadaan hidup kwn2..itu hanya secara kebetulan dan klu tdk ada persamaan jadikan cerita ini satu teladan utk masa depan...
kisahnya begini, dalam sebuah kampung tinggal sekeluarga yang sederhana dan keluarga ini hidup dengan bahagia sekali. keluarga ini hanya mempunyai seorang anak. Bapanya selalu membawa anaknya pergi memancing di sebuah tasik berhampiran dengan rumah. satu masa bapa ini membawa anaknya pergi memancing tempat yang selalu mereka pergi. setelah sampai mereka pun mulai memasang peralatan memancing dan di sebelah tempat tempat mereka memancing ada kerusi panjang satu meter panjangnya. setelah beberapa ketika kemudian terbanglah seekor burung gagak hinggap di atas pokok tempat mereka berlindung utk memancing. Kemudian anak itu itu ternampak burung gagak itu dan bertanya kepada bapanya.”bapa burung apakah itu”? bapanya menjawab,”burung gagak anak”. Sekali lagi anak itu bertanya kepada bapannya. “bapa burung apakah itu?” dengan nada lembut ayahnya menjawab, “burung gagak anak”. Sekali lagi anak itu bertanya,”ayah burung apakah itu”? dengannada lembut serta di campur dengan penuh kasih sayang , ayahnya menjawab.” Burung gagak anak… dan seterusnya begitu la berulang kali dengan tidak jemu-jemu ayahnya menjawab dengan penuh kasih sayang.
Beberapa tahun kemudian anak itu meningkat dewasa dan Berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan akhirnya anak ini mendapat kerja sesuai dengan pendidikanya. Bapanya kini bukan sekuat seperti dulu lagi kini dia sudah tua dan tidak berkerja seperti dulu lagi. Anak ini kemudian balik ke kampung dan kemudiaan bapa itu membawa anaknya pergi memancing tempat yang sama. Sambil duduk di atas kerusi panjang, bapanya ternampak seekor burung di atas pokok tempat mereka berlindung dan bertanya kepada anaknya ...” nak.. burung apakah itu”? anaknya menjawab,”burung gagak ”. Sekali lagi bapanya itu bertanya kepada anaknya. “nak.. burung apakah itu?” dengan nada mulai marah anaknya menjawab, “burung gagak !!!!!!”. Sekali lagi bapanya itu bertanya,”nak.. burung apakah itu”? dengan nada sangat marah dan anaknya menjawab.” Burung gagak bapa..bapa tidak dengarkah, bodoh betul bapa ini”. Bapanya terdiam tersentuh hatinya..walaubagimana pun dia tetapi sayangakan anaknya.. setelah balik rumah anak ini pergi ke bekas biliknya yang dahulu dijadikan stor dan membongkar barang-barangnya lamanya.. dan dengan tiba-tiba anak ini terlihat satu diari bapanya sepuluh tahun yang lalu dan mulai membukanya, sehelai demi sehelai diari di baca, anak ini mulai menitis air mata tanda kecewa, rupa-rupanya, perkataan bapanya semasa memancing tadi sama seperti yang dia katakana sepuluh tahun yang lalu, dengan rasa menyesal dia berjumpa dengan bapanya dan meminta maaf…dan anak ini sedar bahawa kasih sayang bapanya tidak pernah berubah sampai sehingga dia Berjaya..Mungkin ada di antara kita tidak sedar dengan pengorbanan bapa kita kerana kita sudah berkerjaya. Tapi ingatlah jasa dan pengorbanan bapa kita…SELAMAT HARI BAPA….(^_^)

Jumaat, 7 Mei 2010

Busy pun kerja..

Lama inda aku dapat update ni blog..buakan apa aku sibuk dgn study..banyak assignment yg nak di buat...biasalakan klu student ni...lagi pun tahun ini last year sya..so, kena usaha lebih sungguh tahun ni...mmmm..berita terbaru di kampung ku blm ada, di sebabkan buat masa skrg ini blm ada masa nak balik kg. tapi apapun...saya sangat rindu utk balik kampung..terutamanya time petang..heheh..apa lagi klu main bola dan time cuti..memang ramai yang main apataklagi kalau ada anjuran memang best....heheh

Sabtu, 6 Mac 2010

Perayaan Tahun baru di kg. dandun




Seperti kebiasaanya apabila tiba perayaan Tahun Baru cina, semua penduduk di kg. dandun akan merayakan tahun perayaan ini, tidak dinafikan setiap kali tibanya musim tahun baru ramai orang akan berkunjung ke kampung dandun. salah satu tempat yang sangat popular ada di kawasaan tamu, di sanalah mereka akan memasarkan barang, membuka gerai makan dan sebagainya. Sejak saya kecil lagi, memang kebiasanya mee sup merupakan makan dan boleh didapati di gerai yang disediakan. Apa yang uniknya perayaan kali ini bukan saja di sambut oleh orang cina tetap juga semua warga dandun. saya juga berkesempatan untuk makan di gerai saudara Tandy. dan memang sedap makan. semoga kesatuan seperti ini mampu mengeratkan lagi perpadauan di negara kata.

Khamis, 14 Januari 2010

Tahun yang baru


Selama sebulan lebih cuti semester unitar, saya berkesempatan untuk bercuti di kampung dandun. Saya sungguh kagum dengan perubahan yang berlaku di kampung, terutamanya pembinaan bangunan baru yang menggunakan besi keluli yang tahan karat, bangunan ini membolehkan generasi baru khususnya yang ada di kampung dan dapat untuk belajar dengan baik. Disamping kemudahan ini, murid-murid selesa belajar dan guru-guru juga dapat mengajar dengan lebih berkesan. Sebenarnya Kampung Dandun ni terbahagia kepada beberapa kawasaan seperti: Dandun seberang, Dandun tamu, Dandun laut, Dandun darat dan Dandun Kembukon(kampung saya). Daripada bahagian ini murid-murid di setiap bahagian ini dapat belajar dengan baik kerana bangunan sekolah yang baru ini. Adalah sangat penting untuk murid-murid dan khususnya penduduk kampung dandun menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan kerana kemudahan yang penting ini dapat di nikmat oleh murid di kampung dandun.