Khamis, 24 November 2011

Pernahkah kau rasa....

Pernahkah kau rasa.
Pernahkah kau rasa ingin berbual-bual dengan orang yang amat kau senangi.Kau dengannya minum bersama-sama,hingar-bingar di sekeliling tidak kau pedulikan,kau duduk di tepi dinding kaca,di mana kau boleh melihat hujan atau cahaya matahari.Saujana mata memandang.Sambil bercerita apa sahaja.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin berjalan bersama-sama dengan orang yang amat kau senangi,bahu membahu.Kau bercerita sambil melihat langkah kaki yang seolah sama,sesekali melihat awan putih di atas sana.Ketawa bersama dengan gembiranya,terasa lapang di dada.Sambil bercerita apa sahaja.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin duduk di sebuah bangku kayu,bersama-sama dengan orang yang amat kau senangi.Kau bersandar sambil berpeluk tubuh,memandang jauh ke hadapan.Tetapi tiada apa yang dibicarakan.Dan kau tidak berasa sunyi,kerana ada dia yang sudi menemani.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin menghubungi orang yang amat kau senangi.Seolah percakapan-percakapan kau dengannya dapat melenyapkan rusuh di hati.Tetapi,ternyata kau lebih banyak diam dari bercakap.Dan kau tahu dalam sunyi yang mengisi waktu itu,dia masih di hujung sana,menemani.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa satu perasaan yang sangat sunyi dan sepi?
Tiada yang lebih sunyi melainkan perasaan yang sedang kau rasai saat itu.
Pernahkah kau rasa kau bersendirian di dunia ini?
Seperti tiada siapa yang peduli tentang diri mu.

Kadang-kadang aku merasai perasaan itu.
Kadang-kadang aku suka akan perasaan itu.
Kadang-kadang aku rimas akan perasaan itu.
Sunyi.Sepi.Sendiri..
Pasti kau akan rasa..................................

SMS Cinta kunun..


Dari mana datangnya cinta ……
dari SMS turun ke hati …..

Andai kau dapat melihat hatiku
Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku
Cintailah aku dengan kesungguhanmu

Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I

Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!

Hello..
Aku pencuri…
dan aku di sini nak curi hati kau!!!

U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !

I nak belanja u gula-gula HACKS…..
faham tak ertinya?

H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang

Luahan Cinta Ibarat Kentut…..
ditahan sakit….
dilepas malu….
dah keluar..fuhhh! Lega!!!

Jika kau hidup sehingga 100 tahun….
aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau…

Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau…
1…..
2……
3…..
4……

Apa nak buat?? Aku suka semuanya ttg kau!
Tekan ke bawah jika kau merinduiku….
Tekan lagi kalau masih rindu…..

Lagi….

Lagi….

Masih tekan lagi???

Nampak sangat rindu…..

Aku juga sedang merinduimu…
Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku

Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!

Aku terasa sesuatu dihatiku…ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!

Apakah kasih sayang perlu diucapkan?
Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.

Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu…

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit…bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan….
Ini adalah cinta tanpa syarat….
Aku begitu menyintaimu…..

Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?

Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu…

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

Cintaku bukan ibarat kertas…..
Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…..

Jika mencintaimu satu kesalahan…biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu…

Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu….Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

Aku tak dapat hidup tanpamu…..
kerana kaulah nyawaku……

Jika cinta itu dicukai..aku lah pembayar cukai paling tinggi!

Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku. Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

()” ‘ ‘()
( ;
( O) saya kan,
(,(’”)(’”) selalu
ingat kat awak..

tiap2 malam
suara awak
lawak awak
sumer la..

()” ‘ ‘()
( (”)(”) rindunye..!!
( )
( (’”)(’”)

—————-

Rabu, 9 November 2011

Graduation and convocation



Pada 22hb october 2011 saya telah menamatkan pengajian saya di UNIRAZAK dalam Bachelor of education (hons) dan detik kemerdekaan dalam pembelajaran bagi memperolehi segulung ijazah. Selama 3 tahun lebih menempuhi rintang dalam pembelajaran dengan tak berputus asa akhirnya tak sia-sia. Ada beberapa gambar kenangan yang sempat saya ambil selama konvo. Saya melihat ramai kawan-kawan merasa gembira apabila pada masa itu. tetapi dalam kegembiraan itu saya merasakan satu kegelisahan apabila graduan pendidikan keluaran IPTS tidak ada penempatan. Walalubagaimanpun itu tidak menghalang saya untuk terus berusaha dalam kehidupan dan baru-baru ini saya telah menghadiri satu interview di salah sebuah sekolah swasta dan itu salah satu titik tolak perjuangan saya untuk masa depan. obuli nopo.....