Khamis, 11 Oktober 2012

Memukat di TUNGKAN Ba..

     Pada minggu yang lalu sya berkesempatan pergi memukat bersama dengan Ipag Asang iaitu abang kepada isteri saya. Kami pergi dengan menggunakan bot 1Azam dia. enjin 15 spawa. wahh..memang laju. kami membawa dua pukat saiz 2"setengah. memang keadaan sungai bengkoka sesuai untuk memukat sebab waktu surut. kami menuju ke Tungkan yang dikenalpasti ada ikan. setelah kami tiba dan pukat pun sudah di pasang, kami pun berehat pulau kecil yang di namakan tungkan. dan sambil bercerita-cerita kosong...   
      Mungkin kepada yang gemar memancing, memanah ikan dan memukat, di sini la tempatnya iaitu di namakan 'Tungkan' entah dari mana asalnya nama ini, tapi yang pastinya terletak di sungai bengkoka dan timbul di tengah-tengah(pulau2) sungai. Ianya tidak jauh dari Kampung Dandun dan boleh menggunakan perahu atau jalan kaki menuju tempat ini.
      Apa yang unik tentang Tungkan ini, terdapat batu yang besar di sebelah pulau kecil dan terdapat pokok menutupi kawasaan ini.Ia menjadi laluan utama kepada penduduk dari ulu sungai bengkoka. Dikatakan bahawa tempat ini kawasan yang dalam tapi ramai juga anak-anak kampung yang pergi memanah udang dan ikan.
  Apa pun, inilah serba sedikit tentang Tungkan yg di sebut oleh penduduk kampung. Sapa yang nak berkunjung boleh saja..boleh lagi begambar...cantik pemandang di sini...
Dandun boleh..

Khamis, 29 Mac 2012

Pertandingan Sugandoi/Unduk Ngadau 2012

Peluang kepada yang berminat khususnya di Mukim Dandun, Pertandingan Sugandoi/Unduk Ngadau untuk tahun ini, seperti jadual berikut

Jadual Kamatan Mukim daerah Pitas :
1) 20 - 21st April - Mukim Pinggan-pinggan
2) 27 - 28th April - Mukim Telaga
3) 04 - 05th Mei - Mukim Dandun
4) 11 - 12nd Mei - Mukim Kalumpang
# Penyertaan Pertandingan Sugandoi/Unduk Ngadau sangat di alu-alukan..

YEAHHHH...Dandun Boleh ba..

Sumber maklumat daripada.. http://www.facebook.com/undukngadaupitas

Isnin, 19 Mac 2012

Dandun Ba Ni

Kampung Dandun seperti juga kampung-kampung lain mempunyai kronologinya sendiri sehingga ia mendapat namanya. Menurut JKKK Kampung Dandun, Akun Munap, kampung ini pada asalnya ialah sebuah perkampungan yang besar sebelum dipecahkan kepada beberapa buah kampung seperti yang terdapat pada hari ini.

Sebab berlakunya perpecahan kampung-kampung ini mungkin kerana percambahan penduduk yang semakin ramai dan untuk memudahkan urusan pentadbiran penduduk.Kampung Dandun mendapat namanya hasil dari gabungan nama seorang individu dan air terjun pada anak sungai di sekitar kawasan kampung tersebut.

Pada suatu ketika dahulu, terdapat seorang penduduk asal iaitu Dan yang beragama Pagan sedang melakukan pemujaan di air terjun yang dinamakan sebagai Dun. Ketika melakukan upacara pemujaan tersebut, beliau ditakdirkan menemui ajal di situ. Akibat dari kejadian tersebut, kawasan kampung tersebut dinamakan sebagai Dandun ataupun Kampung Dandun.

Kini Kampung Dandun terbahagia kepada 3 kawasaan utama seperti Dandun Pusat, Dandun Darat, Dandun Laut dan terdapat tiga kawasaan kelompok kecil iaitu Dandun Kembukon, Dandun Tamu dan Dandun Seberang. Walaupun kampung-kampung ini berlain nama namun tetap saling berhubung diantara satu dengan yang lain. Dandun Pusat merupakan pusat untuk penduduk menghantar anak-anak ke SK.Dandun. Selain itu, Dandun Pusat menjadi tumpuan ramai terutama di sekitar kampung yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Dandun.

Dari segi tempat menarik, anda boleh meniti Jambatan Gantung yang berdekatan dengan Bukit Monindoi dan yang paling bestnya bila tiba musim kemarau, pasir Sungai Bengkoka sesuai untuk tempat beriadah dan bermandi manda serta boleh memancing.

Oleh itu, Sebagai Warga Dandun, kita bersyukur kerana kita mempunyai kampung yang unik dan boleh berkembang maju, sekian untuk info ringkas tentang Kampung Dandun.